72 Jam Bertahan Situasi Banjir Sebelum Diselamatkan !

         "Survival kit" ataupun peti kecemasan adalah amat penting untuk disediakan ketika kecemasan. contohnya ketika berlaku kecemasan dan bencana alam seperti banjir. Berikut merupakan beberapa barang yang wajib anda sediakan untuk membantu anda bertahan selama kira-kira 72 jam sebelum bantuan sampai untuk menyelamatkan anda. 


Sumber : https://ph.she.yahoo.com/photos/life-saving-infographics-slideshow/72-hour-survival-kit-by-rescue-5-tv5-photo-1344489775.html

10 Tips Keselamatan Ketika Banjir yang Wajib Anda Tahu !

         
Gambar hiasan (Sumber: wikimedia.org)
            Sekarang ini, berlaku kejadian banjir yang amat membimbangkan semua rakyat di Malaysia terutamanya negeri-negeri di Pantai Timur. Berikut merupakan 10 tips keselamatan ketika banjir yang wajib anda tahu. Sekiranya berlaku banjir di tempat anda, anda boleh mempersiapkan diri dengan lebih awal. Sila kongsikan kepada rakan-rakan anda yang mungkin atau sedang menghadapi banjir. Semoga tips ini berguna untuk semua orang. Sama-sama kita doakan agar musibah banjir ini akan cepat berakhir. 

1. Jika berlaku pemindahan ke tempat yang selamat, anda hendaklah mempunyai sesuatu untuk memberi signal kepada pihak berkuasa contohnya wisel. Jadi anggota penyelamat akan lebih mudah menemui anda.
2. Pastikan anda menonton tv atau mendengar radio untuk mengetahui perkembangan semasa tentang banjir. Anda akan lebih bersedia jika ada amaran awal tentang banjir di tempat anda.
3. Sediakan makanan dan air untuk kecemasan dengan lebih awal.
4. Jika anda sempat untuk menyediakan kit keselamatan, sediakan beberapa barang yang perlu seperti dibawa seperti dokumen penting, ubat, pakaian, lampu suluh, bateri, wang dan beberapa botol air minuman.
5. Sediakan pakaian yang kering dan beberapa lagi pakaian tambahan yang perlu.
6. Gunakan lampu suluh daripada menggunakan sumber cahaya yang memerlukan api. Ini akan lebih memudahkan kerana api lebih mudah terpadam.
7. Pindahkan semua barang-barang yang penting di tingkat rumah yang lebih tinggi atau tempat yang selamat.
8. Jangan sesekali menyentuh peralatan elektrik sekiranya anda dalam keadaan basah.
9. Elakkan daripada mendekati sebarang sumber suis elektrik di rumah ketika banjir. Anda mungkin akan terkena kejutan elektrik.
10. Awasi anak-anak anda daripada mendekati kawasan banjir dan jangan sesekali membenarkan anak anda bermain di luar ketika banjir.


Sumber : https://ph.she.yahoo.com/photos/life-saving-infographics-slideshow/flood-safety-tips-infographic-by-karl-cryer-for-anc-photo-1344488023.html

Share This