Nak Tahu Anda “Ketagih Facebook” Atau Tidak? Mari Kita Tengok !


Nak Tahu Anda “Ketagih Facebook” Atau Tidak? Mari Kita Tengok !
 “Ujian Ketagihan Facebook”  Sila jawab BETUL atau SALAH.

1. Saya menghabiskan masa yang terlalu banyak melayari Facebook *Lebih daripada kebiasaan.
2. Saya berasa penat pada waktu pagi kerana tidur lewat kerana melayari Facebook.
3. Keluarga dan kawan-kawan saya menegur saya kerana terlalu lama melayari Facebook.
4. Saya melayari Facebook lebih daripada 2 jam sehari untuk hal yang tidak berkaitan dengan kerja.
5. Saya selalu membuka laman web Facebook ketika waktu kerja atau di sekolah walaupun ada larangan.
6. Saya berasa agak susah untuk tidak membuka akaun Facebook sekurang-kurangnya sehari sekali.
7. Saya berusaha untuk mendapatkan seberapa banyak kawan di Facebook.
8. Kebanyakan kawan online saya di Facebook bukan kawan sebenar saya dalam kehidupan.
9. Prestasi kerja dan sekolah saya merosot kerana terlalu banyak menggunakan Facebook.
10. Perhubungan menjadi renggang kerana penggunaan Facebook.
11. Saya menghabiskan masa berjam-jam bermain permainan di Facebook.
12. Apabila saya “post update” di Facebook, saya berasa amat kecewa kerana tidak ada orang komen.
13. Saya lebih suka bercakap melalui Facebook daripada bercakap secara berhadapan.
14. Saya berusaha mengurangkan masa untuk melayari Facebook, tetapi tidak berjaya.
15. Saya menghabiskan masa “online” dengan Facebook daripada aktiviti “online” yang lain.
16. Saya menggunakan Facebook untuk mengelakkan tanggungjawab (contohnya kerja rumah)
17. Sejak menggunakan Facebook, saya kurang menghabiskan masa dengan aktiviti-aktiviti lain seperti (bersukan, bersenam, bersosial, hobi)
18. Walaupun saya ada banyak kawan Facebook, tetapi saya tetap berasa kesunyian.
19. Saya selalu melayari Facebook ketika tidak bersosial dengan kawan-kawan saya.
20. Memeriksa akaun Facebook adalah perkara pertama yang saya lakukan pada waktu pagi.
21. Memeriksa akaun Facebook adalah perkara terakhir yang saya lakukan pada waktu malam.
22. Saya menggunakan Facebook apabila saya berasa sedih atau tertekan.
23. Saya selalu lewat semasa kerja, sekolah, mesyuarat dan temu janji kerana Facebook.
24. Saya berasa sedih sekiranya kawan saya tidak “add friend” di Facebook.
25. Saya berasa cemburu kerana kawan saya mempunyai “kawan Facebook” lebih ramai.
26. Saya berasa agak mustahil untuk tidak membuka Facebook selama sebulan.
27. Saya tukar setting Facebook agar saya sentiasa tahu apa yang kawan saya buat dan tulis.
28. Saya selalu keliru dengan apa yang orang katakan di Facebook dan di dunia sebenar.
29. Saya selalu melayari Facebook apabila saya berasa bosan kerana tidak tahu apa lagi yang dapat dilakukan.

Berikut merupakan pendapat tentang anda samada anda ketagih Facebook atau tidak. Ini dikira berdasarkan jumlah BETUL
0 hingga 5 – Anda adalah pengguna Facebook yang biasa dan meninggakan Facebook tidak akan  ada kesan terhadap kehidupan seharian anda.
6 hingga 9 – Facebook adalah rutin harian anda. Sesekali anda mungkin menghabiskan masa terlalu lama melayari Facebook dan berasa menyesal selepas itu.
11 hingga 20 – Anda menggunakan Facebook secara tidak sihat atau obses. Terlalu banyak menggunakan Facebook akan menyebabkan anda menghadapi masalah di dunia sebenar dan anda mungkin menggunakan Facebook untuk lari daripada tanggungjawab yang penting.
21 ke atas – Hidup anda bergantung dengan Facebook. Anda akan berasa sukar sekiranya tidak memeriksa akaun Facebook sehari, dua hari atau langsung tidak “log in”. Perhubungan, prestasi kerja atau sekolah anda terjejas teruk disebabkan penggunaan Facebook yang terlebih. Anda mesti belajar kenapa Facebook boleh menyebabkan anda ketagih, kurangkan penggunaan Facebook anda dan berusaha untuk menjauhi “Ketagihan Facebook”

“Cegah sebelum terlambat. Kurangkan penggunaan Facebook”
Sila share dengan kawan-kawan. Sharing is Caring ^__^

Artikel daripada : http://jomkongsi4u.blogspot.com/
Sumber asal: http://www.techaddiction.ca/facebook-addiction-test-symptoms.html





No comments:

Post a Comment

Share This