5 Teknik Mudah untuk Hilangkan Stress !


Arrrrrrrggggggghhhhhh!!! STRESS!!! Anda pernah tak mengalami perkara sebegini dalam hidup anda?Mustahil tak pernah kan? Rasa mahu lari saja daripada masalah? Stress menjadi masalah kesihatan yang paling cepat merebak dalam kalangan masyarakat. Masalah duit, masalah kerja, masalah keluarga dan lain-lain. Terlalu banyak masalah kan? Jom saya kongsikan “5 Teknik Mudah untuk Hilangkan Stres”

1. Berikan Diri Anda Sedikit Masa Rehat

Ya! Sedikit masa REHAT. Pastikan anda berehat sekejap daripada aktiviti harian sekurang-kurangnya satu jam. Hanya padamkan dunia yang sibuk sekejap dan buat apa yang anda suka. Membaca, main gitar, main game, bola sepak dan banyak lagi aktiviti sihat yang anda boleh buat. Semuanya cara yang baik untuk melepaskan tekanan anda dan pastinya akan memberikan manfaat kepada kesihatan.

2. Jauhkan Diri Daripada Masalah

Jika anda berasa sangat stress dan terlalu banyak perkara untuk difikirkan, memang susah untuk mencari jalan penyelesaian. Umpama kita terperangkan dalam ribut pasir dan tidak nampak jalan keluar. Idea terbaik adalah anda menjauhkan diri daripada masalah sebentar supaya anda dapat berfikir dengan lebih baik. Jika boleh, ambil cuti sehari atau seminggu untuk jauhkan diri daripada persekitaran anda yang stres. Pilih tempat yang aman dan berehat. Sambil berehat, anda boleh tuliskan idea-idea untuk mengatasi masalah anda itu. Jauh daripada masalah akan membuatkan kita lebih mudah berfikir secara waras. Penyelesaian akan lebih mudah didapati berbanding jika kita berada dalam keadaan stres. Jika anda berfikir semasa stres, pastinya stres anda akan bertambah-tambah.

3. Berani Menghadapi Cabaran yang Tidak Pasti

Kebanyakan sebab orang selalu stres kerana menghadapi perubahan dalam hidup atau beberapa perubahan besar dalam hidup. Perubahan adalah sesuatu yang normal dalam hidup dan kegagalan untuk menerima perubahan akan menyebabkan tahap stres anda bertambah. Jika anda berdepan dengan perubahan, pertama sekali anda kena menerima perubahan itu dengan positif bukannya tidak menerima kenyataan. Perubahan tidak membawa stres tetapi cara penerimaan kita yang menyebabkan kita stres. Berusaha untuk menerima kenyataan dan perubahan di dalam hidup kita. Hidup umpama roda. Pastinya ada masa kita akan senang dan ada kalanya kita menghadapi masa yang susah.

4. Buat Senarai Kerja

Sebenarnya sekiranya kita menulis senarai kerja yang perlu kita lakukan, kita pastinya tidak akan habis menulis sebab terlalu banyak. Baiki rumah, buat kertas kerja, baiki kereta,buang sampah, potong rumput, beli lampin anak dan banyak lagi. Makin banyak senarai kerja yang kita tulis, maka makin stres kita dibuatnya. Oleh itu, kita kena buat semua senarai kerja yang kita perlu buat dan jadualkan satu hari untuk melakukan kerja-kerja itu secara berperingkat. Contohnya kita namakan hari itu sebagai “Hari Sibuk” Pada hari tersebut, kita bangun awal dan habiskan sepanjang hari kita untuk menyiapkan kerja. Ambil rehat sekejap dan teruskan usaha untuk menyiapkan kerja yang memang menyusahkan tapi wajib kita buat. Selepas kita memangkah satu-persatu kerja yang kita siapkan, kita akan dapat mengurangkan stres kita. Paling penting adalah kita akan berasa sangat gembira kerana berjaya menyiapkan kerja secara sistematik.

5. Hari Bersuka-Ria

Wujudkan satu hari untuk anda bersuka-ria. Hari tersebut boleh digunakan untuk kita lari daripada kesibukan hari dan elakkan diri daripada stress. Anda akan pasti gembira dan lebih positif untuk menghadapi cabaran yang akan mendatang. Pada hari tersebut, kita boleh menonton wayang, memancing ikan, makan steam-boat, berjalan-jalan di taman dan banyak lagi. Cuba anda wujudkan satu hari untuk berehat. Sekali dalam sebulan. Pastinya anda akan dapat mengurangkan tahap stres anda..Selamat mencuba !!

Lima Teknik ini akan membantu untuk kurangkan stres anda tapi jangan baca je. Tindakan mesti ada ye. Kita cuba dulu. Pasti anda akan terkejut keputusannya nanti !


No comments:

Post a Comment

Share This