Adakah berat badan anda semakin bertambah? Nak kuruskan
badan sedikit? Jangan risau ye. Saya akan kongsikan beberapa tabiat yang boleh
anda amalkan untuk mula membakar kalori dengan cepat. Anda mungkin pernah
mendengar cerita kejayaan ramai orang yang berjaya menguruskan badan hanya
dengan menukar kepada diet dan berjalan beberapa minit setiap hari. Ini
merupakan beberapa tabiat kecil yang mungkin akan membawa kepada perubahan yang
besar dan dapat meningkatkan kadar metabolisma anda. Oleh itu, anda akan dapat
mengurangkan berat badan dengan lebih cepat dan mudah dengan meningkatkan kadar
metabolisme dan membakar lebih banyak lemak.
1) Banyakkan Bergerak
Kebanyakan orang yang menghadapi masalah berat badan yang
berlebihan adalah mereka yang kurang bergerak. Oleh itu, dengan berjalan
sahaja, anda akan dapat membuat perubahan kepada bilangan kalori yang dapat
dibakar dalam satu hari. Pergerakan yang kecil sahaja dapat membantu membakar
kalori. Tips yang paling penting adalah anda mesti teruskan bergerak sepanjang
hari. Tuliskan nota bertulis “Mesti Bergerak” dan letakkan di tempat yang anda
akan lihat apabila anda cuba duduk. Kemudian, cari sebanyak mana peluang yang
boleh untuk bergerak.
2) Makan Sedikit Tetapi Kerap
Bukti menyatakan bahawa makan hidangan kecil setiap 2
hingga 4 jam akan mengekalkan tahap metabolisme anda untuk membakar lemak
dengan lebih cepat. Apabila anda makan sedikit secara kerap, badan anda akan
bekerja untuk menghadam dan menyerap makanan. Proses ini memerlukan tenaga dan
sudah pasti akan meningkatkan pembakaran kalori anda.
3) Bersenam Dengan Angkat Berat
Berlatih mengangkat benda berat akan membantu meningkatkan
kadar metabolisme anda dengan membina tisu otot. Tisu otot mempunyai kadar
metabolisme yang sangat aktif. Oleh itu, tisu otot memerlukan kalori walaupun
ketika rehat. Ini pastinya meningkatkan pembakaran lemak di dalam badan kita.
4) Makan Makanan Pedas
Makan makanan yang pedas mungkin akan membantu anda
meningkatkan kadar metabolisme. Campurkan sedikit cili di dalam makanan anda.
Selamat mencuba ^_^
No comments:
Post a Comment