It's a Bird...It's a Plane...It's Superman !! Mesti anda
pernah tengok kan cerita Superman masa kecil? Kenal tak dengan “Christopher
Reeve”? Dialah yang berlakon sebagai watak superman pada suatu masa dahulu.
Tapi sedih juga tengok dia kerana dia menjadi lumpuh disebabkan kemalangan
ketika menunggang kuda. Cuba bayangkan kalau seluruh badan kita tidak dapat
bergerak? Alangkah susahnya kehidupannya. Anda tahu tak dia pernah cuba untuk
membunuh diri? Tapi akhirnya dia sedar bahawa dia kena kuatkan semangat untuk
hidup. Anda pernah tak menghadapi cabaran yang paling anda takuti dalam seumur
hidup? Kalau pernah ataupun belum pernah, mari saya kongsikan kepada anda 3
Cara untuk Menjadi “Superman” atau “Superwoman”.
1. Berani
Keberanian tak dimiliki oleh semua orang kerana
kebanyakan daripada kita suka lari daripada cabaran. Mungkin sebab kita tak
suka sesuatu yang susah ataupun kita lebih suka memilih perkara yang senang.
Tapi walau kat manapun kita lari, kita pasti akan menghadapi perkara yang
paling kita takuti. Contohnya kebanyakan perempuan akan menjerit “Aaarggghhh”
apabila terjumpa dengan tikus atau lipas. Kalau lelaki besanya maintain macho
je kan? Cuba anda fikir kalau perempuan seorang diri, tak kan nak berdiri atas
kerusi je klau tikus atau lipas tak lari? Sebab itu, kita perlukan keberanian.
Anda mesti fikir bahawa, kalau anda keseorangan tak akan ada sesiapa yang akan
tolong anda kecuali anda menolong diri sendiri. Jadi, kita mesti BERANI.
2. Fikir Positif
POSITIF ! Setiap orang ada kemungkinan 50% untuk jadi
positif atau negatif. Adakah anda seorang yang berfikiran positif atau negatif?
Tabiat negatif susah untuk ditinggalkan tapi senang untuk diubati.
Bagaimanana?? Cakap gaya positif. Bertindak cara positif. Perbuatan melambangkan
sikap seseorang. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa melakukan perbuatan yang
baik untuk menjadi seorang yang berfikiran positif. Jangan sesekali cakap
positif tapi bertindak negatif. Nanti orang tak akan percaya kepada kita lagi.
3. Azam Yang Kuat
Keazaman yang kuat menentukan apa yang kita akan jadi
pada masa hadapan. Pernah tak anda terfikir apa akan terjadi kepada anda 5 atau
10 tahun yang akan datang ? Seorang yang tak ada matlamat hidup seperti bas
tanpa pemandu. Jangan biarkan had atau cabaran menghalang anda untuk berjaya.
Paling penting, jangan dengar cakap orang lain. Kalau kawan kita bagitau kita
tak boleh berjaya, endahkan sahaja. Kalau anda dengar cakap orang lain, sampai
bila-bila pun anda tidak akan berjaya. Jika perkara itu sesuatu yang penting,
anda teruskan usaha anda. Anda akan kagum apa yang anda boleh buat nanti.
Setiap kejayaan bermula dengan langkah pertama. Klau anda tak berazam dan tak
memulakan langkah, anda pasti tak akan tahu samada berjaya atau tidak.
Sebenarnya semua orang memiliki sifat-sifat sebagai
seorang superhero. Kadang-kala kita memerlukan sesuatu kejadian yang tidak
dijangka untuk mengeluarkan sifat hero dalam diri kita. Dan kadang-kala kita
dapat menolong orang lain melihat sifat hero di dalam diri mereka.
No comments:
Post a Comment