Perempuan selalu menjadi sasaran orang jahat. Kenapa
agaknya ye ? Sebab perempuan tidak tahu cara untuk mempertahankan diri. Di sini
saya kongsikan kepada anda “7 Tips Keselamatan untuk Perempuan!”. Ikut cara ini
dan elakkan diri anda menjadi sebahagian daripada mangsa jenayah.
1. Sebelum masuk ke dalam kenderaan, anda mesti peka siapa yang berdekatan
dengan kereta anda. Adakah anda membawa barang di tangan atau di dalam troli?
Penjenayah biasanya suka mendekati perempuan yang berjalan seorang diri dan
tidak peka dengan keadaan sekeliling. Oleh itu, anda hendaklah meletakkan
barang yang dibeli di dalam troli. Ini akan memudahkan anda untuk bertindak
sekiranya ada orang cuba mendekati anda. Jika anda membawa barang yang begitu
banyak di tangan, ini akan menyebabkan anda tidak dapat menggunakan tangan
untuk mempertahankan diri. Oleh itu, ini menjadi suatu bonus untuk penjenayah.
2. Adakah kunci sudah ada di tangan anda sebelum meninggalkan pasaraya?
Kunci yang dipegang di tangan dapat membantu anda mempertahankan diri kerana
kunci mempunyai hujung yang tajam. Sekiranya anda tiba-tiba dipegang oleh
penjenayah, anda boleh mencucuk kunci kepada penjenayah itu. Ingat ! Kunci
boleh menjadi senjata yang baik untuk mempertahankan diri.
3. Adakah saya sedang berbual melalui telefon? Mengatur rambut yang kusut?
Menghitung baki duit? Menulis catatan? Dan tidak memberi perhatian? Ingat !
Memberi perhatian adalah amat penting. Pastikan anda peka terhadap barang yang
anda beli. Kemungkinan pencuri akan merampas barang yang anda beli sekiranya
anda tidak berhati-hati.
4. Adakah seseorang sedang memerhatikan di sekitar kenderaan saya? Adakah
mereka sangat mencurigakan dan saya patut masuk kembali ke dalam pasaraya?
Jangan sesekali berani untuk pergi ke kenderaan anda seorang diri sekiranya
anda tidak yakin. Minta tolong kepada “security guard” untuk menemankan anda
ataupun pengurus pasaraya. Ini adalah tanggungjawab mereka untuk memastikan
keselamatan pelanggan.
5. Adakah kenderaan anda berada di tempat yang mempunyai lampu yang cukup?
Adakah tempat anda meletakkan kenderaan dapat dilihat oleh pejalan kaki? Jika
anda tidak dapat melihat kenderaan anda dengan jelas, jadi siapa? Penjenayah
tidak akan mahu untuk dikesan, dikenali atau diperlahankan. Jika anda tidak
dapat dilihat oleh orang lain di pasaraya daripada jauh, maka anda adalah
sasaran yang sempurna untuk penjenayah. Oleh itu, letaklah kenderaan anda di
tempat yang mudah dilihat.
6. Jika anda mempunyai kereta yang mempunyai “automatic keyless entry” atau
pintu masuk automatik, adakah anda pasti sudah menekan butang dengan betul? Ini
akan memudahkan seseorang masuk ke dalam kenderaan anda melalui pintu bahagian
penumpang. Oleh itu, jadikan satu tabiat untuk membuka hanya pintu bahagian
pemandu sahaja. Sekiranya pada waktu malam penglihatan anda adalah terbatas,
jangan mengambil risiko menekan butang unlock kereta daripada jauh. Ini akan
memudahkan penjenayah masuk ke dalam kenderaan anda tanpa disedari.
7. Sekiranya anda didekati oleh orang yang tidak dikenali untuk menolong
anda mengangkat barang yang berat, anda tidak boleh menjadi terlalu yakin.
Kadang-kala adalah lebih baik menolak permintaan seseorang itu. Penjenayah akan
melakukan apa sahaja untuk mendapatkan kepercayaan anda. Jangan sesekali mudah
percayakan orang lain. Jika seseorang itu ingin membantu mengangkat beg anda,
anda kena bagitau “tidak apa”. Jika orang itu masih ingin membantu, anda
bagitau sekali lagi “tidak payah”. Penjenayah akan berusaha untuk mendapatkan
dompet anda ataupun kunci kereta dan bertindak apabila berjaya mendapatkan
kepercayaan anda. Terutamanya berlaku pada masa yang tidak dijangkakan.
Jika barang yang anda beli daripada pasaraya terlalu banyak, anda boleh
meminta tolong daripada pekerja pasaraya. Mereka pasti akan membantu anda.
Jangan biarkan penjenayah mengambil kesempatan terhadap anda. Cuba dan
praktikkan tips yang saya telah kongsikan. Semoga semua selamat sentiasa ^_^
No comments:
Post a Comment