13 Alat Yang Boleh Menyelamatkan Keluarga Anda Yang Anda Tidak Tahu !

          Pada masa sekarang, kita mempunyai banyak alat dan gajet canggih yang kita gunakan untuk menjadikan hidup kita lebih mudah. Tetapi pernah tak anda terfikir sekiranya berlaku sesuatu yang sangat serius? Contohnya sesuatu peristiwa atau kejadian yang tidak diingini? Contohnya banjir, kebakaran, rompakan ataupun anak kita hilang? Sebahagian alat yang saya kongsikan di sini mungkin sudah anda miliki dan ada alat yang mungkin anda tidak perasan wujud. Mari kita lihat apakah alat yang wajib setiap orang ada di rumah masing-masing.
 
www.sheknows.com

1. Lampu Suluh
Kebanyakan kita mempunyai lampu suluh. Kadang-kala lampu suluh amat membantu kita sekiranya berlaku kecemasa seperti putus bekalan elektrik. Tapi masalahnya adalah kebanyakan orang tidak ingat di mana lampu suluh anda disimpan. Kalau kita jumpa pun, mungkin baterinya sudah habis. Jadi pastikan anda menyimpan satu atau lebih lampu suluh di tempat yang anda senang ingat dan pastikan anda menyimpan bateri spare juga. Tak guna kalau ada lampu suluh tapi bateri tak ada kan.
www.sound-start.co.uk

2. Radio
            Andaikata berlakunya bencana alam, radio boleh menjadi talian untuk komunikasi andaikata berlaku gangguan terhadap signal telefon. Pastikan anda menyimpan radio dan bateri serta beberapa botol air, makanan yang tahan lama, pakaian dan keperluan lain sekiranya berlaku bencana alam contohnya banjir.
www.wahmresourcesite.com

3. Penggera Keselamatan
Penggera Keselamatan adalah alat yang menjadikan rumah anda lebih selamat. Dengan hanya menekan beberapa pin keselamatan, sebelum dan selepas balik rumah, anda akan berasa lebih selamat. Seluruh kawasan kejiranan akan tahu sekiranya rumah anda dicerobohi dan pihak polis sudah tentunya akan berada di sana. Pada masa kini terdapat banyak alat keselamatan yang murah dan senang dipasang.
 
www.womensunitedonline.com
4. Pengesan Kebakaran
Pengesan kebakaran sepatutnya adalah alat wajib yang dipasang di semua rumah. Ianya sangat senang untuk dipasang dan tidak memerlukan penyelenggaraan kecuali ganti bateri sahaja. Pengesan kebakaran telah berjaya menyelamatkan nyawa jutaan manusia. Kebiasaan orang berfikir bahawa sekiranya berlaku kebakaran, anda akan tersedar daripada tidur. Tetapi ada orang yang tidur mati dan  mungkin tidak sedar berlakunya kebakaran. Pasangkan pengesan kebakaran di setiap sudut rumah anda dan jangan lupa untuk memastikannya sentiasa berfungsi.
www.aliexpress.com

5. Plug Keselamatan
Setiap rumah memiliki banyak suis elektrik. Oleh itu, ada kalanya bayi dan kanak-kanak amat tertarik untuk memegangnya. Anda boleh beli alat ini dan lindungi anak anda daripada terkena kejutan elektrik.
www.gbj.com

6. Telefon Rumah
Telefon rumah dianggap sebagai ketinggalan zaman kerana kebanyakan orang menggunakan telefon bimbit. Namun begitu, kadang-kala berlaku massalah signal. Oleh itu, telefon bimbit tidak dapat diharapkan sepenuhnya sekiranya berlaku kecemasan. Telefon rumah adalah lebih stabil kerana menggunakan kabel. Oleh itu, anda mungkin terputus hubungan dengan dunia luar. Tetapi anda juga perlu menyediakan telefon bimbit sebagai alternatif kerana jika berlakunya terputus bekalan elektrik, telefon rumah sudah pastinya tidak dapat digunakan.
www.//sashtrackers.com

7. Alat Pengesan GPS
Pengesan GPS merupakan alat terbaru dalam memastikan keselamatan anak-anak kita. Memandangkan harga alat ini tidak begitu mahal, sekarang ianya banyak digunakan oleh ibu bapa. Hanya letakkan alat pengesan kecil di jaket atau dalam beg sekolah anak anda untuk memudahkan anda memeriksa samada anak anda ponteng sekolah ataupun mengetahui kedudukan anak anda sekiranya hilang.
 
www.extremeelectronics.net
8. Kamera Keselamatan (CCTV)
Kamera keselamatan untuk rumah bukanlah sesuatu yang mewah seperti pada masa dahulu. Hanya orang yang kaya sahaja yang mampu memasangnya. Namun begitu, pada masa kini rumah biasa juga dapat memasang alat ini. Kita akan dapat memantau sebarang pergerakan di dalam atau luar rumah kita dengan lebih mudah Tambahan pula, pencuri dan perompak sudah tentu akan berfikir banyak kali untuk merompak sekiranya melihat banyak kamera keselamatan yang kita pasang.
www.allied-alarm.com

9. Sistem Video Interkom
Adakah anda tinggal berseorangan ataupun anda tidak mahu anak anda membuka pintu sebarangan kepada orang yang tidak dikenali? Kita akan dapat melihat orang yang berada di depan pintu anda dengan lebih mudah. Banyak penipu dan perompak yang menggunakan taktik menekan loceng pintu rumah anda dengan harapan pemilik rumah akan terpedaya dengan membuka pintu. Perkara ini boleh berlaku kepada sesiapa. Oleh itu, anda hendaklah mencegah sebelum terkena.
www.mommyimhere.co.uk

10. Pengesan Kanak-kanak
Pengesan kanak-kanak adalah trend terbaru untuk mengesan anak-anak anda terutamanya ketika berada di tempat yang ramai orang. Gajet ini mempunyai dua bahagian. Satu untuk anda letakkan di kasut anak anda dan satu lagi untuk anda pegang. Apabila anda menekan butang, alat yang anak terdapat pada anak anda akan berbunyi. Anda pasti akan dapat mengesan kedudukan anak anda dengan lebih cepat.
www.completecareshop.co.uk
11. Pintu Alarm Bermagnet (Magnetic Door Alarm)
Pintu Alarm Bermagnet merupakan alternatif kepada orang yang tidak mampu untuk memasang sistem pengawasan rumah yang lebih mahal. Ianya sangat mudah dipasang dan akan berbunyi dengan kuat sekiranya ada orang yang cuba memasuki pintu rumah anda.
 
www.amazon.com
12. Kamera Pengawasan Bayi Dengan Kamera Wireless “Night Vision”
Semua ibu bapa akan berasa amat bimbang terhadap bayi mereka sekiranya mereka berada di tempat yang berlainan. Oleh itu, kamera ini akan dapat membantu anda untuk melihat samada bayi anda menangis dan memerlukan anda. Walaupun lampu dipadamkan, anda akan masih tetap dapat melihat bayi anda dengan jelas.
www.pcpro.co.uk
13. Kawalan Ibu Bapa Terhadap Internet (Parental Control)
“Parental Control” atau Kawalan Ibu bapa terhadap internet memudahkan ibu bapa untuk menapis kandungan internet yang ganas, lucah atau tidak bersesuaian dengan anak-anak mereka. Tambahan pula, perisian ini adalah amat mudah untuk dipasang. Ibu bapa juga dapat mengawal masa penggunaan internet anak-anak mereka dengan meletakkan had masa. Tambahan pula, anda dapat mengelakkan anak anda menjadi mangsa penipu-penipu di internet dan kes buli siber.


Sumber : http://betterfamilyhome.com/15-items-that-can-save-your-familys-life/

No comments:

Post a Comment

Share This