7 Rahsia Mendidik Anak Menjadi Seorang Yang Bersyukur


Anda ada anak? Atau bakal mempunyai anak pada masa hadapan? Kadang-kala budak-budak tidak pernah bersyukur dengan apa yang ada. Klau budak zaman dahulu mendapat 5A UPSR, ibu bapa akan membeli hadiah yang kecil sahaja contohnya buku, alat tulis dan sebagainya. Tapi budak zaman sekarang terlalu manja. Contohnya kalau dapat 5A bermacam-macam permintaan mereka.Ada yang mahu iphone, ada yang mahu komputer dan banyak lagi benda yang mahal-mahal. Ibu bapa juga silap kerana terlalu memanjakan anak.Sebab itu, budak zaman sekarang ini tidak pernah mahu bersyukur dengan apa yang ada. Mereka akan membesar menjadi budak yang materialistik atau mementing kebendaan sekiranya dibiarkan begitu sahaja. Jom saya kongsikan cara untuk mendidik anak supaya menjadi insan yang lebih bersyukur.

1. Contoh Teladan Yang Baik

Pernahkah anda mendengar peribahasa “guru kencing berdiri, murid kencing berlari”. Ini boleh disamakan dengan ibu bapa. Ibu bapa bertindak sebagai ikutan atau guru kepada anak mereka ketika di rumah. Pernahkah ibu bapa mengucapkan “Terima Kasih” kepada anak mereka yang berusia 2 atau tiga tahun?Ini adalah contoh terbaik yang ibu bapa perlu amalkan. “Anak Belajar Melalui Kehidupan Seharian Mereka”. Oleh itu, anda mesti berhati-hati dengan apa yang anda sebut. Jika anda suka menyumpah-nyumpah atau menggunakan kata-kata negatif, anak-anak pasti akan mengikut perangai anda.

2. Mengajar Melalui Lakonan

          Anda boleh bermain dengan anak-anak permainan lakonan yang dapat mendidik nilai berterima kasih. Contohnya anda berlakon menjadi seorang wanita tua yang memerlukan pertolongan. Manakala anak pula membantu anda. Ucapan “Terima Kasih” anda akan tersemai di dalam diri anak anda.

3. Mengajar Mereka Membantu Orang Lain

Kadang-kala pertolongan yang mudah seperti membuka pintu untuk orang yang lebih tua dapat mendidik anak untuk menghargai kita dan perbuatan kita. Tambahan pula, kita juga pastinya akan berasa gembira sekiranya ada orang lain yang turut membantu kita pada situasi yang sama. Anak kita mungkin membuka pintu untuk kita pula nanti kerana mereka biasa melihat kita membantu orang lain. Kalau kita bersikap kuar ajar terhadap orang lain, anak kita pasti akan mengikut perbuatan kita.

4. Bersyukur Walaupun Dalam Keadaan Susah

Pernah tak rumah ada terputus bekalan elektrik? Kadang-kala sampai seharian tak ada elektrik. Sebenarnya pada masa inilah yang paling sesuai untuk mendidik anak kita untuk bersyukur. Perkara yang mudah seperti ketiadaan lampu, suhu yang panas dan tak dapat tengok tv biasanya sering difikirkan apabila tiada elektrik. Oleh itu, kita hendaklah berpesan kepada anak-anak agar menghargai elektrik dan tidak membazir. Begitu juga semasa ketiadaan air. Jika anda menunjukkan sikap suka membazir, anak-anak akan turut menjadi begitu.

6. Tunjukkan Kepada Mereka Untuk Bersyukur Walaupun Terhadap Perkara Yang Kecil Sahaja

          Contoh perkara yang anak-anak kita mungkin tidak terfikir untuk bersyukur adalah menghargai ada makanan untuk dimakan, kawan untuk bermain dan mempunyai banyak barang mainan dan keperluan sekolah. Ibu bapa mesti menunjukkan kepada mereka contoh gambar negara yang menghadapi kesusahan contohnya Palestin. Anak-anak akan membandingkan apa yang mereka ada berbanding dengan kanak-kanak di sana. Oleh itu, mereka akan menjadi lebih bersyukur.

7. Ajar Anak Untuk Melihat Kebaikan Di Dalam Orang Yang Mereka Benci

Adakah anda pernah menonton cerita “Frozen” keluaran “Walt Disney”. Terdapat watak yang baik seperti Elsa, Anna dan watak jahat seperti Hans. Anda boleh mendidik anak nilai-nilai murni yang terdapat di dalam cerita tersebut. Anda boleh membeli CD atau menyewanya dan menonton bersama seluruh keluarga. Di samping menghabiskan masa yang berkualiti bersama keluarga, secara tidak langsung anda akan dapat mendidik anak-anak anda.


       Sekiranya kita perhatikan, banyak lagi perkara yang kita perlu bersyukur di dalam kehidupan seharian kita. Contohnya bersyukur adanya polis yang menjaga keselamatan kita, adanya Bomba yang sedia bersiap sedia membantu, adanya pekerja yang kedai yang membantu kita mendapatkan barang dan banyak lagi perkara yang tidak dapat saya senaraikan. Amalkanlah ucapan “TERIMA KASIH” dalam kehidupan kita. InsyaAllah kita akan menjadi insan yang lebih bersyukur dan dapat mendidik anak menjadi lebih bersyukur dengan apa yang mereka ada.

No comments:

Post a Comment

Share This