Nak Tahu Anda “Ketagih Facebook” Atau Tidak? Mari Kita
Tengok !
“Ujian Ketagihan
Facebook” Sila jawab BETUL atau SALAH.
1. Saya menghabiskan masa yang terlalu banyak melayari
Facebook *Lebih daripada kebiasaan.
2. Saya berasa penat pada waktu pagi kerana tidur lewat
kerana melayari Facebook.
3. Keluarga dan kawan-kawan saya menegur saya kerana
terlalu lama melayari Facebook.
4. Saya melayari Facebook lebih daripada 2 jam sehari
untuk hal yang tidak berkaitan dengan kerja.
5. Saya selalu membuka laman web Facebook ketika waktu
kerja atau di sekolah walaupun ada larangan.
6. Saya berasa agak susah untuk tidak membuka akaun
Facebook sekurang-kurangnya sehari sekali.
7. Saya berusaha untuk mendapatkan seberapa banyak kawan
di Facebook.
8. Kebanyakan kawan online saya di Facebook bukan kawan
sebenar saya dalam kehidupan.
9. Prestasi kerja dan sekolah saya merosot kerana terlalu
banyak menggunakan Facebook.
10. Perhubungan menjadi renggang kerana penggunaan
Facebook.
11. Saya menghabiskan masa berjam-jam bermain permainan
di Facebook.
12. Apabila saya “post update” di Facebook, saya berasa
amat kecewa kerana tidak ada orang komen.
13. Saya lebih suka bercakap melalui Facebook daripada
bercakap secara berhadapan.
14. Saya berusaha mengurangkan masa untuk melayari
Facebook, tetapi tidak berjaya.
15. Saya menghabiskan masa “online” dengan Facebook
daripada aktiviti “online” yang lain.
16. Saya menggunakan Facebook untuk mengelakkan
tanggungjawab (contohnya kerja rumah)
17. Sejak menggunakan Facebook, saya kurang menghabiskan
masa dengan aktiviti-aktiviti lain seperti (bersukan, bersenam, bersosial,
hobi)
18. Walaupun saya ada banyak kawan Facebook, tetapi saya
tetap berasa kesunyian.
19. Saya selalu melayari Facebook ketika tidak bersosial
dengan kawan-kawan saya.
20. Memeriksa akaun Facebook adalah perkara pertama yang
saya lakukan pada waktu pagi.
21. Memeriksa akaun Facebook adalah perkara terakhir yang
saya lakukan pada waktu malam.
22. Saya menggunakan Facebook apabila saya berasa sedih
atau tertekan.
23. Saya selalu lewat semasa kerja, sekolah, mesyuarat
dan temu janji kerana Facebook.
24. Saya berasa sedih sekiranya kawan saya tidak “add
friend” di Facebook.
25. Saya berasa cemburu kerana kawan saya mempunyai
“kawan Facebook” lebih ramai.
26. Saya berasa agak mustahil untuk tidak membuka
Facebook selama sebulan.
27. Saya tukar setting Facebook agar saya sentiasa tahu
apa yang kawan saya buat dan tulis.
28. Saya selalu keliru dengan apa yang orang katakan di
Facebook dan di dunia sebenar.
29. Saya selalu melayari Facebook apabila saya berasa
bosan kerana tidak tahu apa lagi yang dapat dilakukan.
Berikut merupakan pendapat tentang anda samada anda
ketagih Facebook atau tidak. Ini dikira berdasarkan jumlah BETUL
0 hingga 5 – Anda adalah pengguna Facebook
yang biasa dan meninggakan Facebook tidak akan
ada kesan terhadap kehidupan seharian anda.
6 hingga 9 – Facebook adalah rutin harian
anda. Sesekali anda mungkin menghabiskan masa terlalu lama melayari Facebook
dan berasa menyesal selepas itu.
11 hingga 20 – Anda menggunakan Facebook
secara tidak sihat atau obses. Terlalu banyak menggunakan Facebook akan
menyebabkan anda menghadapi masalah di dunia sebenar dan anda mungkin
menggunakan Facebook untuk lari daripada tanggungjawab yang penting.
21 ke atas – Hidup anda bergantung dengan
Facebook. Anda akan berasa sukar sekiranya tidak memeriksa akaun Facebook
sehari, dua hari atau langsung tidak “log in”. Perhubungan, prestasi kerja atau
sekolah anda terjejas teruk disebabkan penggunaan Facebook yang terlebih. Anda
mesti belajar kenapa Facebook boleh menyebabkan anda ketagih, kurangkan
penggunaan Facebook anda dan berusaha untuk menjauhi “Ketagihan Facebook”
“Cegah sebelum
terlambat. Kurangkan penggunaan Facebook”
Sila share
dengan kawan-kawan. Sharing is Caring ^__^
Artikel daripada : http://jomkongsi4u.blogspot.com/
Sumber asal: http://www.techaddiction.ca/facebook-addiction-test-symptoms.html